Jom kami kongsikan Jenis-jenis Parut.
Terdapat tiga jenis parut utama :
- Parut Hipertrofi
Parut hipertrofi atau timbul terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka disebabkan oleh penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Parut jenis ini cenderung untuk timbul dan muncul di atas paras kulit di sekelilingnya tetapi kekal terbatas kepada kawasan kecederaan yang asal. Faktor-faktor risiko bagi parut yang timbul ialah jangkitan dan imobilisasi luka yang tidak mencukupi.
- Keloid
Keloid juga dikenali sebagai parut yang membesar secara berlebihan. Ia muncul beberapa ketika selepas luka tersebut sembuh. Oleh sebab tisu penghubung dihasilkan dengan begitu banyak, parut tersebut membesar melampaui luka dan ke kulit yang sihat. Parut keloid menjadi lebih besar daripada kecederaan asal.
Parut pada bahagian tubuh dengan tegangan kulit yang tinggi lebih mudah menyebabkan pembentukan keloid. Agak kerap, kecenderungan genetik untuk mendapat keloid itu diwarisi. Keloid juga berlaku sepuluh kali lebih kerap pada mereka yang berkulit gelap.
- Parut Atrofi
Parut atrofi tenggelam sedikit kerana kekurangan kolagen. Dalam keadaan demikian, tisu parut menutupi luka tetapi tisu yang dihasilkan tidak mencukupi untuk mengisi kawasan yang rosak dengan sepenuhnya. Parut atrofi lazim berlaku selepas jerawat atau cacar air.
No comments:
Post a Comment